1. Menjamin keamanan dunia
Para Khalifah telah memberikan keamanan kepada manusia hingga batas yang luar biasa besarnya bagi kehidupan dan usaha keras mereka. Para Khalifah itu juga telah menyediakan pelbagai peluang bagi sesiapapun yang memerlukannya dan memberikan kesejahteraan selama berabad-abad dalam keluasan wilayah yang belum pernah tercatat lagi fenomena seperti itu setelah masa mereka.
Kegigihan dan kerja keras mereka menjadikan pendidikan menyebar luas sehingga pelbagai ilmu, sastera, falsafah dan seni mengalami kejayaan luar biasa; yang menjadikan Asia Barat sebagai bahagian dunia yang paling maju peradabannya selama lima abad. [Will Durant - The Story of Civilization].
2. Menyatukan umat manusia
Agama Islam telah menguasai hati ratusan bangsa di negeri-negeri yang terbentang mulai dari China, Indonesia, India hingga Parsi, Syam, Jazirah Arab, Mesir bahkan hingga Morocco dan Sepanyol. Islam telah memiliki cita-cita mereka, menguasai akhlaknya, membentuk kehidupannya, dan membanggkitkan harapan di tengah-tengah mereka, yang meringankan urusan kehidupan maupun kesusahan mereka.
Islam telah mewujudkan kejayaan dan kemuliaan bagi mereka sehingga jumlah orang yang memeluknya dan berpegang teguh padanya pada saat ini [1926] sekitar 350 juta jiwa. Agama Islam telah menyatukan mereka dan melunakkan hatinya walaupun ada perbezaan pendapat maupun latar belakang politik di antara mereka. [Will Durant - The Story of Civilization].
3. Menciptakan kemajuan ekonomi
Pada masa pemerintahan Abdurrahman III diperoleh pendapatan sebesar 12,045,000 dinar emas. Diduga kuat bahawa jumlah tersebut melebihi pendapatan pemerintahan negeri-negeri Masihi Latin jika digabungkan kesemuanya. Sumber pendapatan yang besar tersebut bukan berasal dari cukai yang tinggi, melainkan salah satu pengaruh dari pemerintahan yang baik serta kemajuan pertanian, industri, dan pesatnya aktiviti perdagangan. [Will Durant - The Story of Civilization].
4. Menjamin kesehatan masyarakat
Islam telah menjamin seluruh dunia dalam mempersiapkan pelbagai rumah sakit yang layak sekaligus memenuhi keperluan rakyatnya. Contohnya adalah al-Bimarustan yang dibangun oleh Nuruddin di Damaskus tahun 1160, telah bertahan selama tiga abad dalam merawat orang-orang sakit tanpa bayaran dan menyediakan ubat-ubatan secara percuma. Para sejarahwan berkata bahawa cahayanya tetap bersinar tidak pernah padam selama 267 tahun. [Will Durant - The Story of Civilization].
Wallahu a'la wa a'lam wa ilayhilmashir..
2021 ford fusion hybrid titanium - TiG.TV
BalasHapus2021 ford fusion fusion burnt titanium hybrid titanium nano titanium ionic straightening iron An all-encompassing fusion reactor developed under the supervision of the 2017 ford fusion hybrid titanium NGC and iron titanium token the titanium mountain bikes EAN-2020 Technical