Kamis, 04 Maret 2010

SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN TERCELA MUKMININ (Akhlakul karimah)

SIFAT-SIFAT TERPUJI MUKMININ

* Taubat artinya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana membesarkan Allah s.w.t. Orang yang bertaubat mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :

1. Meninggalkan maksiat dengan kesedaran.
2. Menyesal dengan perbuatan yang telah dikerjakan.
3. Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

* Khauf artinya takutkan Allah s.w.t, takutkan kemurkaanNya dengan memelihara din dan melakukan perkara-perkara yang ditegah.
* Zuhud artinya bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah.
* Sabar artinya tabah atau cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.
* Syukur artinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun batin semuanya adalah dari Allah dan merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada Allah.
* Ikhlas artinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan lain.
* Tawakal artinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.
* Mahabbah artinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dan jauhkan dari melakukan maksiat.


SIFAT-SIFAT TERCELA MUKMININ

* Syarhul Thaa’am artinya gemar kepada makan atau makan terlalu banyak.
* Syarhul Kafam artinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.
* Gha’dhab artinya bersifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.
* Hasad artinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu susah.

Wallahua'alam....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar